MAKANAN MALAYSIA UNTUK DIPROMOSIKAN KE LUAR NEGARA


MAKANAN MALAYSIA UNTUK DIPROMOSIKAN KE LUAR NEGARA



Mempromosikan perniagaan makanan adalah salah satu faktor penting dalam perjalanan perniagaan kuliner. Menjalankan strategi yang berkesan dalam mempromosikan produk masakan yang dijual boleh memberi kesan yang luar biasa. Berikut merupakan makanan malaysia yang boleh dipromosikan ke luar negara.

KUIH SERI MUKA



PENGENALAN

Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia. Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau segiempat tepat. Selepas kuih telah masak, barulah ia dipotong menurut saiz hidangan dalam bentuk yang dikehendaki. Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati. Pada masa kini terdapat beberapa warna makanan yang digunakan bagi menarik minat pembeli. Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan.

 

BAHAN-BAHAN

Lapisan bawah               


-400 g beras pulut

-250 ml santan cair

-1 sudu besar gula pasir

-1 sudu kecil garam

-1 helai daun pandan


  Lapisan atas (A)


-8 helai daun pandan

-½  sudu kecil jintan manis

-¾ cawan air


 Lapisan atas (B)

 

-190 ml santan pekat

-200 g gula putih

-60 g tepung gandum

-5 biji telur ayam

-1 sudu kecil garam

-setitik dua pewarna hijau


CARA PENYEDIAAN

 -Cara-cara untuk lapisan bawah (pulut kukus):

1.Rendam pulut minimum 2 jam, kemudian tapis airnya.

2.Masuk pulut ke dalam bekas, gaul bersama santan, gula garam dan daun pandan.

3.Kukus selama ½ jam atau sehingga pulut masak. Setelah masak, gembur-gerburkan sedikit.

4.Gris loyang dengan minyak. Lapik dengan kertas baking. Boleh juga kalau nak guna plastik.

5.Tuang pulut kukus, tekan-tekan supaya rapat.

-Cara-cara untuk kuih seri muka:

1.Kisar semua bahan (A) dan kemudian tapis.

2.Kisar sehingga halus kesemua bahan (B) bersama ½ cawan bahan kisar (A).

3.Cakar sedikit permukaan pulut dengan garfu, tujuan supaya melekat bila kukus nanti.

4.Tuang bahan kisar lapisan hijau.

5.Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi, kalau lidi licin je maksudnya dah masak

-Tips:

1.Bahagian pulut kukus kena lebih berasa sikit masinnya supaya dapat seimbangkan dengan rasa manis bahagian atas hijau.

2.Tunggu kuih sehingga betul-betul sejuk dahulu barulah dipotong. Kalau masih panas nanti kuih lembik dan tak cantik bila potong.

3.Sapu pisau dengan sedikit minyak supaya mudah dipotong.



KARIPAP


PENGENALAN

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

BAHAN-BAHAN

Bahan untuk inti:



-1 biji bawawang besar(cincang)

-3 ulas bawawang putih(cincang)

-6 biji kentang(potong dadu)

-isi ayam(agak2)

-3 sudu makan serbuk kari daging

-1 kiub ayam

-Air

-garam dan gula secukup rasa



Bahan untuk kulit:


-2@3cwn tepungg gandum

-1 senduk kecil marjerin(penuh)+2sudu makan myk masak d cairkan
air(agak)



CARA PENYEDIAAN

Cara untuk Inti:


1.Rebus kentang hingga 3/4 masak. toskan.

2.Tumis bahan cincang smpi.wangi

3.Masuk isi ayam,kacau

4.Masuk kentang ,serbuk kari daging, dan air, kacau hingga sebati, biar sampai pecah minyak
bila agak kering,tambah air lagi &kiub..kacau smpi kiub hancur
masuk gula dan garam secukup rasa dan gaulkan sebati, biar agak kering..tutup api dan siap.

*Tip: nak tambah daun sup(hiris halus)@ganti ayam dgn sadin pun boleh

Cara cara penuh:

1.Masuk tepung gandum dlm bekas, buat lubang di tengah-tengah

2.Tuang sedikit marjerin yang di cairkan(panas-panas untuk medapatkan kulit yang rapuh)..

3.Gaul sebati.bole tambah air klu rasa kurang, uli smpi jadi doh(Uli sampai tak melekat di tangan.).

4.Doh buat bulat kecil-kecil, gelek dgn penggelek nipis-nipis menggunakan doh roller

5.Letekkan sedikit inti di tengah

6.Gunting utk bagi sama dan klim

7.Goreng hingga garing. dan sedia di hidangkan


TEPUNG PELITA





PENGENALAN

Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional lembut. Berbeza dengan kuih tako yang terletak dalam daun pandan, kuih tepung pelita dimasak dalam acuan bekas daun pisang. Kuih ini popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Tepung pelita merupakan sejenis kuih yang manis tetapi tidak tahan lama.Tepung pelita merupakan pada asasnya dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Ditengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis. Ia mudah rosak dan tidak tahan lama.Pada asasnya tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas atau dikenali sebagai kepala, lembut dan dibuat daripada santan dan bewarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya bewarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian kepala tetapi masih dibuat lembut.Kuih tepung pelita terdiri daripada dua lapisan yang bewarna hijau di bawah dan lapisan santan putih di atas, yang dikenali sebagai kepala. Ia sejenis kuih manis dan amat digemari di pantai timur.


BAHAN-BAHAN

(Lapisan Bawah)


-30gm tepung jagung

-1 camca besar jus pandan atau pewarna hijau

-300 ml air

-100gm gula

-5 helai daun pisang besar

-secubit kapur makan (dicampur dengan jus pandan)



(Lapisan Atas)


-15gm tepung beras

-½ biji kelapa parut (8 oz santan)

-Sedikit garam


CARA PENYEDIAAN

1. Campurkan semua ramuan untuk lapisan bawah dan kacau hingga pekat jernih masakkan di atas api yang sederhana.

2. Masukkan perwana hijau. Kacau rata.

3. Masukkan ke dalam daun pisang yang dibentukkan seperti mangkuk separuh penuh.

4. Masakkan campuran lapisan atas dan kacau sehingga pekat diatas api yang sederhana.

5. Curahkan ke atas lapisan bawah sehingga penuh

6. Kukus sebentar 3-5 minit.


KESIMPULAN

Dalam negara Malaysia,terdapat pelbagai jenis makanan yang melambangkan setiap kaum yang berada di negara ini. Makanan-makanan ini kebanyakkan disajikan semasa mengadakan upacara tradisional seperti perayaan mahupun upacara istiadat setiap kaum.Dengan ini, rakyat di negara ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dan tidak lagi menimbulkan isu perkauman agar dapat hidup dengan aman serta harmoni.

Comments